Bila aku kisahkan tentang diri, aku tahu tak semua orang mengenali siapa aku dan apa yang aku mahukan. Yea, orang lain tak tau siapa aku yang sebenar (Kadang tercetus.."mereka mungkin memujuk demi nak melegakan aku") Benar, tak siapa boleh membetulkan aku selain aku sendiri kerna hanya aku yang kenal diri dan tahu apa yang aku inginkan. Yang lain, berceritalah semangkuk mana depan aku, aku mungkin hanya mendengar dan kemudian memuntah (mungkin ya atau tidak..heh!) Hakikatnya, itu semua bukan mahuku. Mereka tetap tak tau apa aku mahu.
Lalu aku tahu, inilah hikmah Allah bagi aku aqal. Buat aku berfikir bahawa channel kasih sayang Allah itu ada banyak. Didatangkan insan–insan disekelilingku buat meneman aku yang rawan. Jika mereka tak dapat membantu sekalipun, mereka sudi juga mendengar dan berkongsi. Kasih sayang Allah lah itu dan selebihnya terpulang padaku, nak berubah atau menolak, nak berfikir atau terus kikir. Subhanallah, di mana saja adanya Allah:menyampaikan kasih dan cintaNya pada tiap hamba.
Cinta Tuhan tak pernah kecewa. Aku dan koreksi diri. Bukan tugas kecil bila aku terpaksa berdepan dengan segala yang lebih disukai hati besar, pada perkara-perkara yang sebenarnya mendekatkan diri pada neraka. (Bukankah apa yang tak disukai hati itu sedang mengelilingi syurga. Ouh, mana pula aku melangkah ni??)
Melihat pada ciptaan agung Tuhan, aku kiaskan bahawa aku juga hebat kerana aku diciptakan oleh pencipta yang paling hebat.(Dan aku juga banyak lemah dan gontainya) Aku putuskan untuk mengejar segalanya kerana Allah. Menilai segalanya pada mata Allah, bukan kerana manusia. Dan Allah beriku inspirasi untuk terus berjuang. La Tahzan!! Allah ada di mana saja waktu aku perlukan. Usah sedih kerana penawarnya ada pada Tuhan. Allah, pulangan hakiki.
Manusia, buat apalah bergantung pada manusia yang sama tarafnya dengan aku. Kadang banyak pula menyusahkan. Namunnya, hakikat kasih sayang takkan boleh dipisahkan antara kami. Maka Allah ciptakan ummah. Khair Ummah adalah ummah terbaik di sisi Allah . Surah Al Asr menunjukkan peripentingnya mengamalkan istilah berpesan kepada kebaikan dan kesabaran. Pentingnya hidup bermasyarakat. Biar bagaimana juga ummah itu, aku ada misi tertentu dalam kehidupan, menyumbang pada keharmonian yang afdal.
Kadang aku terlupa yang Allah sampaikan kasih sayang dan tahniahNya pada setiap capaian ku pada mata manusia. Bila ada yang memuji, InsyaAllah, aku harapkan itulah keberkatan Alllah. Ya, Allah tahu siapakah yang layak menerima puji. Allah lebih tahu siapa dan apaku mahu, dan aku diberi aqal untuk menilai.
Usah benar memuji aku dengan kerenah terhebat kerana aku hanya abid biasa. Aku pulangkan segalanya hanya pada Tuhan. Cuma aku yakin bahwa,aku ada lebih dan kurangnya. Aku tahu Allah suka hambaNya yang bersungguh dalam tiap usaha. Allah kan menguji tiap hamba demi melihat tahap sabar dan iman. Di situ letaknya keberkesanan iman dan aqal yang sepaksi kalam Tuhan dan Sunnah Rasul. Allahua’lam
Sedikit penutup kembara:
Bisa aku merembes apa yang bertakung di perdu hati yang amat dalam. Jujurnya, aku tak pernah merasa keakraban mutlak seperti ini. Buat ‘dia’ yang aku kasih, percayalah yang aku tak pernah ada intensi untuk memaksa. Aku katakan dulu tentang konsep persahabatan, perkongsian, kasih sayang dan surah Al Asr. Dan di situlah segalanya memungkinkan nilai sebuah pilihan. Sedaya untuk aku menjebak dalam kondisi bingung yang sebentar, dan ini adalah baik buat aku berfikir. Aku mengharapkan jalan dari Tuhan. Dan darimu, maafkan jika aku melukai. Moga ikatan ukhuwwah yang dibina ke akhirnya. Usah selangkah pergi dan menjauh bila kau mula mencetus dalam diri ini. Dan aku takkan kesal untuk terus berfikir, mendengar dan bermain kalam. Kau tentunya kurnia Tuhan buat aku yang mencari sejati.
No comments:
Post a Comment